Cetak

Terma dan Syarat

Kami sukacita berpeluang menjadi ejen tempahan bagi keperluan penerbangan anda. Sila baca Terma Dan Syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan perkhidmatan dan tapak web tripsta.my. Apabila anda menggunakan atau membuat tempahan di tapak web kami anda dianggap telah menerima Terma Dan Syarat ini.

 

Terma dan syarat ini (Perjanjian atau Kontrak) menerangkan perkara-perkara yang anda berhak mendapat daripada kami apabila anda membeli perkhidmatan berkaitan perjalanan melalui kami, di samping kewajipan anda sebagai pelanggan.

 

Terma dan Syarat

Penggunaan laman web

1.Takrif

2. Menempah melalui tapak web kami

2.1. Dengan menempah melalui tapak web kami:

3. Berkenaan kontrak:

3.1. Perjanjian anda dengan kami

3.2. Perjanjian Anda dengan Pembekal Pelancongan

4. Tempahan

4.1. Harga

4.2. Yuran perkhidmatan

4.3. Pengesahan tempahan

4.4. Perubahan dan pembatalan

4.4.1. Perubahan dan pembatalan – oleh anda

4.4.1.1. Bayaran balik

4.4.1.2. Pembatalan atau perubahan pada tempahan penerbangan

4.4.2. Perubahan dan pembatalan oleh Pembekal

4.4.2.1. Perubahan pada jadual penerbangan

4.4.3. Pembatalan oleh kami

5. Harga dan bayaran

5.1. Harga

5.2. Bayaran

6. Syarat dan maklumat khas untuk penerbangan

6.1. Harga

6.2. Bayaran balik

6.3. E-Tiket

6.4. Penerbangan syarikat penerbangan kos rendah

6.5 Bagasi

6.6 Penumpang Bawah Umur yang Tidak Ditemani

7. Pasport, Visa dan Keperluan Kesihatan

8. Bayaran Ganti Rugi

9. Hak cipta, tanda dagangan, perisian di tapak web ini

10. Pautan ke Laman Pihak Ketiga

11. Waranti, Penafian dan Had Liabiliti

12. Undang-undang berkenaan

13. Surat-menyurat

14. Terma dan syarat lain

14.1 Keseluruhan Perjanjian dan Fasal Kebolehasingan

14.2 Perubahan Terma Dan Syarat-syarat Am

 

Penggunaan tapak web

Sebagai syarat penggunaan Laman web ini, anda menjamin bahawa (i) anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun; (ii) anda memiliki kuasa yang sah untuk mewujudkan tanggungjawab sah yang terikat; (iii) anda akan menggunakan Laman web ini selaras dengan Terma dan Syarat ini; (iv) anda akan menggunakan Laman web ini untuk membuat tempahan yang sah sahaja untuk anda atau orang lain yang anda dibenarkan sah di sisi undang-undang untuk bertindak bagi pihaknya; (v) anda akan memaklumkan orang lain sedemikian mengenai Terma dan Syarat yang terpakai kepada tempahan yang telah anda buat bagi pihak mereka, termasuk semua peraturan dan sekatan yang berkenaan dengannya; (vi) semua maklumat yang diberikan oleh anda di Laman web ini adalah benar, tepat, terkini dan lengkap, serta (vii) jika anda mempunyai akaun ke laman web ini, anda akan melindungi maklumat akaun anda dan akan mengawasi dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang penggunaan akaun anda oleh anda dan sesiapa selain anda. Kami berhak menurut budi bicara mutlak kami untuk menafikan akses sesiapa ke Laman web ini dan perkhidmatan yang kami tawarkan, pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, terhadap perlanggaran Terma dan Syarat ini.

 

1. Definisi

Terma kami merujuk kepada Tripsta S.A., salah satu agensi pelancongan dalam talian terbesar di Eropah yang menguruskan sejumlah besar tapak-tapak web yang berfokus kepada pelancongan, beroperasi di bawah jenama tripsta. Butir-butir hubungan kami boleh didapati pada akhir Terma ini (sila lihat di bawah pada Surat-Menyurat).
Anda juga boleh mengetahui butir-butir hubungan kami dan waktu operasi melalui tapak web kami, pada kategori Hubungi.

Istilah yang andadanpelanggananda merujuk kepada pelanggan yang melawati laman web kami, membuat tempahan melalui kami atau sebaliknya menggunakan perkhidmatan kami.

Selain itu, bagi maksud terma dan syarat ini, perkataan atau frasa berikut mempunyai maksud yang ditunjukkan di bawah, melainkan jika konteksnya jelas menunjukkan sebaliknya:

Tempahan: mana-mana tempahan untuk produk atau perkhidmatan yang anda buat di Laman web kami yang disahkan dan diterima oleh kami. Penerimaan akan dibuat oleh kami (dan kontrak yang dibuat) apabila kami telah menerima bayaran penuh daripada anda dan dihantar e-mel pengesahan (sama ada daripada kami atau Pembekal Pelancongan yang berkaitan).

Ejen Tempahan atau Ejen Pelancongan: Agensi pelancongan dalam talian yang mengurus dan mengendalikan tapak web tripsta.my, yang menyediakan nasihat dan maklumat dan bertindak sebagai perantara dalam proses menunaikan perjanjian dalam sektor pelancongan. Kami, sebagai Ejen Pelancongan dan Tapak Web kami bertindak sebagai antara muka urus niaga dengan Pembekal Perjalanan.

Pelanggan: Orang yang membuat tempahan atau orang yang perkhidmatan disediakan bagi pihaknya oleh kami yang telah bersetuju dan yang telah menerima syarat tersebut.

Perkhidmatan: perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman web kami, misalnya tempahan perkhidmatan pengangkutan.

Yuran perkhidmatan: ertinya sebahagian daripada jumlah kos perkhidmatan yang dikenakan kepada anda bagi pihak kami seperti yang dinyatakan di halaman pengesahan dan e-mel yang meliputi perkhidmatan yang disediakan oleh kami.

Pembekal Perjalanan: Syarikat penerbangan dan/atau mana-mana pembekal produk dan/atau perkhidmatan pengembaraan lain yang Pelanggan membuat perjanjian, yang bertanggungjawab menjalankan perkhidmatan sebagai mematuhi terma dan syarat yang dikenakan.

Tapak web: bermakna tapak web http://www.tripsta.my.

 

2. Menempah melalui tapak web kami

2.1. Dengan menempah melalui tapak web kami:

-          Anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma Perjanjian ini dan mana-mana terma dan syarat tambahan mana-mana Pembekal yang berkenaan dengan tempahan, aturan perjalanan atau penggunaan anda terhadap mana-mana kandungan tapak web. Anda bersetuju bagi pihak diri sendiri dan orang-orang yang anda wakili untuk mematuhi semua terma dan syarat, termasuk membayar semua amaun apabila tiba masanya.

-          Anda bersetuju bahawa, di bawah apa-apa keadaan, sebarang pampasan yang dibayar oleh kami tidak boleh melebihi harga pembelian tiket anda setelah ditolak jumlah yang bersamaan dengan bayaran perkhidmatan.

-          Anda bersetuju bahawa sebarang masalah yang anda hadapi berhubung tempahan anda semasa anda berada di lapangan terbang, sebelum mengambil sebarang tindakan, anda berada di bawah kewajipan untuk hubungi kami terlebih dahulu untuk bantuan. Sebarang penyelesaian yang disediakan oleh kami mesti diikuti dan sebarang pengubahsuaian daripadanya hanya dibenarkan selepas kebenaran yang jelas daripada kami.

-          Anda bersetuju bahawa sebarang perlanggaran mana-mana terma dan syarat sedemikian akan mengakibatkan (a) pembatalan tempahan atau pembelian anda, (b) pelucuthakan wang yang dibayar untuk tempahan atau pembelian anda, (c) anda dinafikan akses kepada produk dan perkhidmatan berkaitan perjalanan yang berkenaan, dan (d) hak kami untuk mendebitkan akaun anda untuk apa-apa kos yang ditanggung oleh kami akibat perlanggaran sedemikian.

-          Anda mewakili dan menjamin bahawa (a) umur anda mencukupi untuk menggunakan perkhidmatan dan laman web kami dan boleh mewujudkan tanggungjawab sah yang terikat berhubung penggunaan anda, (b) anda dibenarkan di sisi undang-undang untuk bertindak atau bagi pihak mana-mana orang termaduk dalam tempahan dan menerima terma dan syarat ini bagi pihak mereka, dan (c) maklumat yang dibekalkan oleh anda adalah betul dan benar.

-          Anda bertanggungjawab memaklumkan kepada orang lain tersebut semua terma dan syarat yang terpakai bagi urusan perjalanan mereka. Anda faham bahawa anda bertanggungjawab dari segi kewangan terhadap penggunaan perkhidmatan atau tapak web kami oleh anda dan mereka yang menggunakan nama atau akaun anda.

-          Anda bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti anda di Laman web (dari segi kewangan atau sebaliknya), termasuk kemungkinan penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda.

 

3. Berkenaan kontrak:

3.1. Perjanjian anda dengan kami

Kami menjual pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan pelancongan daripada Pembekal Pelancongan yang berbeza. Kami, sebagai Ejen Tempahan/Pelancongan, bertindak sebagai perantara untuk produk dan perkhidmatan yang tidak dibekalkan secara langsung oleh kami. Kami bukan penjual bersama bagi produk dan perkhidmatan sedemikian. Apabila anda membuat tempahan melalui laman web kami, anda akan memeterai kontrak berasingan dengan Pembekal Pelancongan sedemikian berhubung dengan produk dan perkhidmatan sedemikian. Oleh itu, kami bukan pihak kepada perhubungan berkontrak berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda tempah di Laman web kami, melainkan disediakan secara jelas sebaliknya di dalam ini.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan yang berkaitan dengan produk hendaklah diajukan terus kepada Pembekal Perjalanan. Kami tidak akan bertanggungjawab atas produk dan perkhidmatan perjalanan yang disediakan oleh Pembekal Perjalanan dan kami tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan (yang nyata atau tersirat) tentang kesesuaian atau kualiti produk dan perkhidmatan perjalanan yang dipaparkan di tapak web.

 

3.2. Perjanjian anda dengan Pembekal Pelancongan

Untuk semua produk atau perkhidmatan yang ditempah melalui tapak web kami, terma dan syarat Pembekal Perjalanan (termasuk peraturan tambang syarikat penerbangan) akan terpakai di samping yang dinyatakan di sini. Terma dan syarat Pembekal Perjalanan mungkin termasuk peruntukan yang berhubung dengan prosedur bayaran, kemungkiran, liabiliti, pembatalan, perubahan tempahan dan bayaran balik (jika ada) dan apa-apa sekatan yang lain, jadi anda dinasihatkan supaya membaca terma tersebut dengan teliti. Anda bertanggungjawab mematuhi mana-mana syarat syarikat penerbangan atau lain-lain Pembekal Perjalanan berkenaan daftar masuk, pengesahan semula penerbangan, atau hal-hal lain. Laluan khusus mungkin memerlukan tiket pergi balik bergantung pada kewarganegaraan penumpang atau sekatan dasar syarikat penerbangan. Atas sebab ini, sila rujuk kepada Pembekal Perjalanan tertentu anda untuk maklumat penuh mengenai terma dan syarat-syarat yang terpakai.

 

4. Tempahan

4.1. Harga

Harga disahkan pada langkah akhir laluan tempahan apabila anda mengklik “Buy now” (Beli sekarang), “Make the reservation” (Buat tempahan) atau seumpamanya, bergantung pada produk yang dibeli.

 

4.2. Fi perkhidmatan

Dengan menggunakan Laman web kami untuk menempah produk dan/atau perkhidmatan, anda membenarkan kami untuk bertindak sebagai wakil anda semasa proses tempahan produk dan/atau perkhidmatan daripada Pembekal Pelancongan terpilih dan membuat bayaran untuk produk atau perkhidmatan sedemikian menggunakan nama anda dan bagi pihak anda, seperti yang diperlukan. Oleh itu, kami akan mengenakan fi perkhidmatan, bergantung pada produk manakah yang anda tempah. Sebarang fi yang dikenakan akan dipaparkan sebelum anda mengesahkan tempahan anda.

 

4.3. Pengesahan tempahan

Selepas anda menyudahkan tempahan, anda akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi nombor tempahan. Inilah masanya kontrak anda berkenaan dengan produk dan perkhidmatan yang dipesan akan mula wujud. E-mel pengesahan ini akan menyediakan semua butiran tempahan anda. Seterusnya, kami akan memastikan tempahan anda dimasukkan dengan betul ke dalam sistem tempahan syarikat penerbangan atau Pembekal Perjalanan dan bayaran anda dapat diproses dengan betul.

Untuk tempahan penerbangan, kewajipan kami untuk mengeluarkan tiket akan tertakluk pada bayaran yang telah diterima dan dana telah pun lulus.

Berhubung dengan permintaan khas mengenai mana-mana produk (cth. makanan, kemudahan orang kurang upaya, tempat duduk budak dll.), kami tidak menjamin apa-apa permintaan sedemikian tetapi akan menyampaikan permintaan ini kepada Pembekal Pelancongan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengesahkan dengan Pembekal Pelancongan sama ada permintaan khas sedemikian boleh ditunaikan.

 

4.4. Perubahan dan pembatalan

4.4.1. Perubahan dan pembatalan – oleh anda

Keupayaan anda untuk membatalkan atau mengubah produk atau perkhidmatan pelancongan yang ditempah, dan cara untuk melakukannya, akan bergantung pada peraturan tambang syarikat penerbangan tertentu atau terma dan syarat Pembekal Pelancongan lain. Oleh itu, adalah mungkin tidak boleh membatalkan atau mengubah produk atau perkhidmatan yang ditempah, atau mungkin terdapat keperluan khusus yang perlu dipatuhi.

Walaupun maklumat mengenai keupayaan anda untuk membatalkan atau mengubah tempahan anda disediakan dalam talian semasa proses tempahan dan dinyatakan di dalam e-mel pengesahan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membiasakan diri anda dengan terma dan syarat khusus Pembekal untuk pembatalan dan pindaan, kerana anda dianggap telah membaca dan menerimanya pada masa tempahan anda dibuat.

Anda boleh menghantar permintaaan anda untuk pertukaran dan/atau pembatalan, di sini. Selepas itu anda akan menerima e-mel yang meminta anda mengesahkan dengan kami supaya permintaan anda boleh diproses. Jika anda tidak menerima mesej atas apa jua sebab, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghubungi kami supaya dapat memastikan permintaan anda diterima dan sedang diproses. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya proses komunikasi tidak dilengkapkan disebabkan oleh apa-apa sebab teknikal.

Perubahan butiran nama tidak dibenarkan oleh kebanyakan syarikat penerbangan dan Pembekal-pembekal lain. Walaupun kami akan berusaha untuk membuat perubahan jika perlu, sila ingat bahawa kebanyakan syarikat penerbangan dan Pembekal menganggap perubahan nama dengan pembatalan, jadi syarat dan caj standard akan terpakai.

Sekiranya anda membuat apa-apa perubahan kepada tempahan anda (pembatalan atau pengubahsuaian), sebagai tambahan kepada terma dan syarat Pembekal anda, yuran standard kami akan dikenakan sebagaimana yang digariskan di dalam pengesahan tempahan anda. Yuran ini mengandungi kos pentadbiran yang ditanggung oleh kami dan tidak termasuk apa caj yang dikenakan secara langsung oleh Pembekal Perjalanan.

 

4.4.1.1. Bayaran Balik

Jika anda membatalkan tempahan, anda mungkin layak untuk sebahagian bayaran balik. Sebagai tambahan kepada terma dan syarat pembatalan Pembekal anda, bayaran biasa kami akan terpakai sebagaimana yang mungkin dinyatakan pada resit atau pengesahan tempahan anda.

Sebahagian daripada harga pembelian anda (jika ada) akan dibayar balik kepada anda sebaik sahaja kami menerima wang kembali daripada Pembekal. Setakat yang kami dikembalikan wang oleh Pembekal, kami akan menyerahkan bayaran balik ini kepada anda. Kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan Pembekal membayar bayaran balik.

Jika sebab pembatalan anda dilindungi di bawah terma polisi insurans anda, anda mungkin boleh menuntut semula bayaran pembatalan melalui syarikat insurans anda.
Begitu juga jika anda telah membeli perkhidmatan pembatalan Jaminan Wang Dikembalikan kami; jika sebab pembatalan anda dilindungi di bawah terma polisi Jaminan Wang Dikembalikan kami, ini boleh melayakkan anda atau keluarga terdekat anda (bergantung pada keadaan) mendapat bayaran balik caj pembatalan anda.

Jika anda mahu batalkan atau tukar tempahan anda, yuran perkhidmatan kami serta sebarang diskaun yang ditawarkan untuk harga tiket anda (termasuk sebarang diskaun istimewa seperti baucar dsb.) semasa tempahan tidak akan dipulangkan.

Jika anda ada tempahan untuk mana-mana produk atau perkhidmatan kami, termasuk penerbangan, tetapi anda tidak muncul untuk daftar masuk atau tidak menyediakan diri anda terhadap produk atau perkhidmatan ("tidak hadir"), anda tidak akan layak mendapat bayaran balik. Tertakluk pada polisi syarikat penerbangan yang berkenaan, bagaimanapun, anda layak menerima pembayaran balik cukai berlepas yang anda mungkin telah bayar untuk penerbangan (tidak termasuk penerbangan kos rendah).

 

4.4.1.2.Pembatalan atau perubahan pada tempahan penerbangan

Berhubung dengan tempahan penerbangan, sila ambil perhatian bahawa sekiranya pembatalan bermaksud syarikat penerbangan tersebut mengenakan fi pembatalan atau sekiranya perubahan bermaksud kod tempahan anda telah meningkat, anda akan perlu untuk membayar caj tambahan sedemikian atau kos sebagai tambahan kepada caj kami yang dinyatakan di dalam resit atau pengesahan tempahan.

Terma pembatalan dan pindaan penerbangan kos rendah adalah syarat yang dikenakan oleh syarikat penerbangan tersebut. Anda perlu menghubungi terus syarikat penerbangan tersebut untuk membatalkan atau membuat pindaan penerbangan kos rendah. Biasanya tambang penerbangan kos rendah tidak akan dikembalikan. Sekiranya anda membuat keputusan untuk membatalkan penerbangan kos rendah anda, yuran perkhidmatan dan sebarang caj pindaan tidak akan dikembalikan. Jika sebab bagi pembatalan anda dilindungi oleh terma mana-mana polisi insurans yang anda beli, anda mungkin akan dapat menuntut tambang yang tidak dipulangkan atau caj pembatalan yang berkenaan daripada pihak insurans.

Sila ambil perhatian bahawa penerbangan mesti diambil mengikut turutan yang muncul pada pengesahan tempahan atau e-tiket anda. Jika anda merancang untuk mengambil penerbangan seperti yang ditempah, sila hubungi syarikat penerbangan terlebih dahulu yang boleh untuk membincangkan pilihan anda. Jika anda tidak mendaftar masuk tepat pada masanya untuk tempahan yang disahkan, syarikat penerbangan boleh mendaftarkan anda sebagai ‘tidak hadir’, yang boleh mengakibatkan caj tambahan dan/atau seluruh jadual perjalanan penerbangan anda dibatalkan dan/atau menjadikan tiket anda tidak sah.

Jika anda ingin membatalkan tempahan anda kerana tidak dapat mematuhi syarat-syarat pasport, visa dan keperluan imigresen lain yang terpakai bagi itinerari anda, terma-terma dan syarat-syarat syarikat penerbangan akan terpakai dan kami tidak bertanggungjawab atas caj yang dikenakan.

 

4.4.2. Perubahan dan pembatalan - oleh Pembekal

Kontrak anda dengan Pembekal anda mungkin membenarkan mereka membatalkan atau meminda tempahan anda. Kami akan berusaha agar anda segera dimaklumkan jika ada perubahan penting sebaik sahaja kami sedar akan perubahan tersebut jika masih ada masa sebelum anda tiba, tetapi kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa perubahan atau kos yang ada. Tertakluk pada terma dan syarat Pembekal, anda akan diberi pilihan sama ada untuk menerima perubahan, menerima rancangan perjalanan alternatif jika disediakan oleh Pembekal, atau membatalkan tempahan anda dan menerima apa-apa bayaran balik yang berkenaan. Kami tidak menjamin sebarang bayaran balik akan dikenakan.

'Gabungan Harga Terbaik' kami menawarkan kombinasi penerbangan yang termurah, oleh itu anda akan menerima nombor tiket yang berbeza dengan syarikat penerbangan berlainan bagi setiap laluan perjalanan tersebut. Harap maklum bahawa bagi setiap tiket berasingan, syarat yang dikenakan oleh syarikat penerbangan itu adalah terpakai.

4.4.2.1. Perubahan kepada jadual penerbangan

Masa penerbangan yang ditunjukkan dalam pengesahan tempahan anda boleh berubah di antara tarikh tempahan dan tarikh sebenar anda melakukan perjalanan. Sekiranya berlaku perubahan masa jadual waktu penerbangan, kami akan berusaha untuk memberitahu anda tentang apa-apa perubahan tersebut, jika anda memberikan kami maklumat kenalan. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak dengan syarikat penerbangan bahawa penerbangan tersebut (dan mana-mana penerbangan selepas itu) yang telah anda tempah beroperasi seperti yang ditempah. Kami amat menggalakkan anda untuk menghubungi syarikat penerbangan anda sekurang-kurangnya 72 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan bagi setiap penerbangan. Sila ambil perhatian bahawa adalah menjadi kewajipan bagi sesetengah syarikat penerbangan untuk mengesahkan dengan mereka niat anda untuk menaiki penerbangan. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas perubahan jadual syarikat penerbangan tidak bertanggungjawab untuk kos yang mungkin timbul akibat daripada perubahan tersebut.

 

4.4.3. Pembatalan oleh kami

Sekiranya berlaku kesilapan yang ketara (termasuk apa-apa kesilapan dalam kemasukan data, kesilapan pengiraan atau salah sunting) mengakibatkan paparan harga yang dengan jelas dipaparkan secara salah, kami berhak untuk membatalkan tempahan anda, walaupun sekiranya ia telah disahkan secara automatik oleh kami. Anda dimaklumkan tentang hal ini secepat mungkin, untuk membolehkan anda membuat tempahan pada harga yang betul, jika anda mahu. Dalam apa jua keadaan, anda tidak akan layak untuk menuntut pampasan daripada kami pada asas pembatalan kos yang berkaitan, jika ada, yang ditanggung disebabkan oleh tempahan salah yang telah dibatalkan.

Dalam sesetengah keadaan, dan sebagai tambahan kepada maklumat bil dan bayaran yang anda berikan, kami akan memerlukan anda mengemukakan beberapa bukti pengenalan diri anda. Ini boleh diminta pada masa tempahan, semasa pemprosesan bayaran atau pada bila-bila masa lain selepas itu. Kami berhak untuk membatalkan tempahan sekianya anda tidak memberikan bukti pengenalan diri sedemikian apabila diminta tanpa apa sahaja liabiliti.

Kami juga berhak untuk membatalkan tempahan anda pada bila-bila masa demi keselamatan atau perlindungan penipuan. Ini biasanya disebabkan oleh proses perlindungan keselamatan dan pengesanan penipuan kami yang melaporkan masalah dengan kad untuk membayar, alamat e-mel yang digunakan untuk menempah dan lain-lain. Dalam keadaan demikian kami akan batalkan tempahan anda tanpa mengenakan sebarang liabiliti. Sebuah e-mel untuk memberitahu anda tentang pembatalan tersebut akan dihantar ke alamat e-mel yang telah anda berikan ketika membuat tempahan.

 

5. Harga dan bayaran

5.1. Harga

Tripsta S.A., syarikat yang mengurus dan mengendalikan laman web tripsta.my berpangkalan di Greece, yang merupakan rantai mata wang Euro. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pengalaman tempahan, anda disebut harga untuk jumlah yang perlu dibayar dalam MYR. Penukaran mata wang dilakukan secara automatik supaya dapat memaparkan jumlah yang perlu dibayar dalam MYR, berdasarkan kadar pertukaran pada waktu anggaran tempahan, di mana ia diambil daripada sumber rasmi. Dalam beberapa kes, jumlah yang diambil dari kad anda mungkin sedikit berbeza daripada jumlah yang disebut harga sebagai perlu dibayar di laman kami, disebabkan oleh kadar pertukaran yang digunakan oleh pembekal kad anda berbeza dengan yang digunakan oleh kami semasa proses tempahan.

Walaupun apabila menempah dalam talian anda diberikan sebut harga jumlah yang perlu dibayar dalam MYR, bergantung pada jenis kad yang digunakan untuk transaksi tersebut, bayaran mungkin dikenakan dalam Euro. Anda akan dimaklumkan tentang mata wang yang dikenakan bayaran pada langkah bayaran prosedur tempahan, dan sebelum pembelian dibuat. Secara khusus, apabila anda memilih jenis kad daripada senarai juntai bawah, anda boleh lihat mata wang secara automatik dan jumlah sebenar bayaran yang dikenakan.

Jika kad anda dicaj dalam Euro, di penghujung prosedur tempahan, dan sebelum pembelian, amaun yang akan dicaj dalam Euro akan ditunjukkan, serta nilai yang bersamaan dalam MYR. Amaun yang diambil daripada kad anda mungkin berbeza daripada amaun yang disebut harga di tapak web kami, kerana ia bergantung pada kadar pertukaran yang pengeluar kad anda kenakan untuk memproses transaksi dan juga apa-apa caj atau yuran tambahan yang ditetapkan oleh bank anda (seperti yuran pertukaran mata wang).

Sila ambil perhatian sekiranya anda menggunakan kad mata wang asing, disebabkan oleh bayaran diselesaikan di luar negara, jumlah akhir yang didebitkan daripada kad kredit anda mungkin berbeza daripada jumlah yang ditunjukkan sebagai perlu dibayar di laman kami. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa bayaran berkaitan kadar tukaran berubah-ubah dan caj yang ditetapkan oleh bank anda dan juga untuk apa-apa bayaran tambahan lain untuk transaksi dalam mata wang asing yang dikenakan oleh pengeluar kad anda, sekiranya MYR adalah bukan mata wang yang dibilkan oleh pengeluar kad kredit anda.

 

5.2. Bayaran

Bayaran hanya boleh dibuat dengan cara bayaran yang disenaraikan di laman web kami. Cara bayaran selain daripada yang dinyatakan di laman web kami adalah tidak diterima dan tiada tanggungjawab diterima untuk tunai atau cek yang dihantar melalui pos.
Sila ambil perhatian bahawa bayaran tambahan untuk bayaran kad kredit mungkin meningkat. Ia akan ditunjukkan sebelum penyempurnaan tempahan dalam pengiraan harga.

Apabila anda membuat tempahan di laman web kami, anda akan perlu memberikan kami butir-butir kad kredit atau debit supaya dapat menampung kos penuh tempahan anda. Kami mungkin dikehendaki menyerahkan butir-butir kad anda kepada Pembekal Pelancongan berkaitan untuk penunaian tempahan. Anda mungkin dikenakan beberapa caj untuk perkhidmatan perjalanan, yang akan dijumlahkan dalam sebut harga untuk tempahan anda.

Anda membenarkan kami atau pihak ketiga yang diberi kuasa untuk mengambil bayaran penuh untuk jumlah pembelian anda. Apabila membayar menggunakan kad kredit, bayaran untuk penerbangan anda mungkin diambil secara terus oleh syarikat penerbangan.

Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin dikehendaki menunjukkan kad bayaran anda semasa mendaftar masuk sebagai bukti penggunaan yang bertauliah atau untuk mengecaj sebarang yuran tambahan.

Jika ada sebarang masalah dengan pembayaran anda, kami akan menghubungi anda dalam masa 48 jam (atau dalam masa 24 jam jika anda mengembara dalam masa 48 jam).

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kenaikan harga berikutnya akibat daripada kegagalan bayaran. Sebarang kenaikan harga mesti dibayar oleh Pelanggan sebelum tempahan boleh disahkan.

Kami tidak diwajibkan untuk mengeluarkan apa-apa tiket, pengesahan, baucar atau dokumen perjalanan lain, selagi proses pembayaran belum dimuktamadkan dan kami belum menerima bayaran. Walau bagaimanapun, dalam semua kes Pelanggan tetap bertanggungjawab membayar jumlah penuh bagi Perkhidmatan yang dipesan.

Sekiranya bayaran diproses dengan kad kredit pihak ketiga, kami akan memerlukan kebenaran bertulis yang akan diberikan oleh pemegang kad. Kami atau Pembekal Pelancongan berhak untuk menghantar e-tiket, pengesahan, e-baucar atau dokumen perjalanan lain sahaja ke alamat bil kad kredit atau alamat e-mel anda apabila diminta untuk melakukan sedemikian oleh pengeluar kad kredit. Semua alamat e-mel yang digunakan mestilah sah pada masa tempahan.

Selepas selesai pengesahan pembayaran dan tempahan, anda akan menerima semua dokumen cukai yang perlu (resit, invois) daripada Tripsta S.A. melalui e-mel ke alamat e-mel yang anda nyatakan semasa tempahan anda.

Sekiranya anda meminta pengeluaran invois/resit, sila berikan perhatian sepenuhnya apabila memasukkan data di dalam medan yang berkaitan. Sebarang tuntutan untuk pertukaran kepada butiran yang dinyatakan secara salah oleh anda kepada invois yang telah pun dikeluarkan, akan dikenakan caj sebanyak RM50.

 

6. Syarat-syarat dan maklumat khas penerbangan

6.1. Harga

Sesetengah bayaran, seperti bayaran perkhidmatan, tidak termasuk dalam harga tiket dan ditambah semasa proses tempahan. Walau bagaimanapun, pecahan tambang, cukai, surcaj dan bayaran tambahan serta jumlah harga tiket ditunjukkan pada pelbagai langkah semasa prosedur tempahan. Pada langkah akhir sebelum mengesahkan tempahan, satu gambaran keseluruhan dengan jumlah harga akan dipaparkan. Selepas anda mengklik "submit" (hantar), anda bersetuju dengan harga dan pembelian. Kemudian anda akan menerima e-mel pengesahan tempahan di mana harga ditunjukkan.

 

6.2. Bayaran balik

Dalam sesetengah keadaan, apabila anda tidak dapat menaiki penerbangan anda, tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penerbangan, anda mungkin layak untuk menuntut sebahagian daripada amaun yang anda telah bayar semasa pembelian. Kebanyakan syarikat penerbangan membayar balik cukai, yuran, caj dan surcaj (TFC) yang dikenakan kepada penumpang oleh lapangan terbang dan pihak berkuasa kerajaan jika tiket tidak digunakan, kerana TFC hanya dibayar kepada lapangan terbang atau kerajaan jika penumpang betul-betul mengembara. TFC lain (contohnya caj bahan api atau yuran tempahan) tidak akan dibayar balik melainkan tiket tambang fleksibel dibeli. Kebanyakan syarikat menuntut yuran perkhidmatan jika membayar balik TFC.

Jika anda mahu membuat tuntutan untuk apa-apa jumlah yang mungkin boleh dibayar balik, sila lakukannya dengan menghantar kebenaran bertulis kepada kami, di sini. Anda dengan ini membenarkan kami untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang perlu untuk mendapatkan bayaran balik sedemikian. Anda bersetuju bahawa anda mempunyai 12 bulan dari tarikh penerbangan berjadual anda untuk menulis kepada kami dan meminta bayaran balik di mana selepas itu anda bersetuju untuk membatalkan apa-apa hak untuk memohon bayaran balik.

Sila ambil perhatian bahawa jika tiket dikeluarkan oleh syarikat penerbangan sendiri atau jika bayaran untuk penerbangan anda telah diambil sendiri oleh syarikat penerbangan, anda mungkin akan diminta membuat permintaan bayaran balik terus kepada syarikat penerbangan yang berkenaan.

Sila ambil perhatian bahawa bayaran balik hanya boleh diproses kepada jenis pembayaran yang digunakan pada masa tempahan dan semua bayaran balik adalah tertakluk pada polisi syarikat penerbangan yang berkaitan dan yuran perkhidmatan bayaran balik kami. Anda dengan ini memberi kuasa kepada kami untuk memotong bayaran balik yuran perkhidmatan yang dikenakan daripada jumlah bayaran balik yang perlu dibayar kepada anda.

Sekiranya bayaran balik kepada anda setelah dibuat potongan di atas, amaun yang berkenaan akan dipindahkan semula oleh pihak yang mengambil bayaran asal kepada kad yang digunakan untuk membuat tempahan asal.

Sebarang yuran perkhidmatan yang dikenakan tidak akan layak untuk pembayaran balik.

Pelanggan perlu mengetahui bahawa bayaran balik tempahan penerbangan boleh mengambil masa hingga 6 bulan.

Bayaran balik hanya akan dibayar kepada anda selepas kami menerima dana kembali daripada syarikat penerbangan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan syarikat penerbangan untuk membuat bayaran balik.

 

6.3. E-tiket

Semua tiket yang dijual di laman web kami adalah dalam bentuk e-tiket, yang merupakan cara menempah penerbangan tanpa kertas. Selepas anda membuat tempahan, ia akan disimpan secara elektronik di dalam sistem tempahan syarikat penerbangan. Kami akan menghantar e-mel pengesahan tempahan kepada anda dan kemudian akan diikuti oleh e-tiket dalam e-mel yang lain.

Adalah penting Pelanggan menerima pengesahan tempahan dan e-tiket untuk setiap tempahan. Anda mungkin dikehendaki menunjukkan nombor tempahan dan/atau e-mel pengesahan kepada syarikat penerbangan sebagai bukti tempahan anda, jadi kami syorkan anda membawa pengesahan tempahan dan e-tiket bersama. Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atas ketidakpatuhan dengan undang-undang dan peraturan dan sangat mengesyorkan anda menyemak butir-butir ini dengan syarikat penerbangan anda sebelum mengembara.

Anda mesti mengemukakan e-tiket anda semasa daftar masuk untuk penerbangan anda. Jika anda tidak menerima e-tiket anda dalam tempoh 48 jam, anda mesti menghubungi kami melalui e-mel.

Kami bergantung pada ketepatan maklumat yang anda berikan dan dengan itu tidak boleh dipertanggungjawabkan jika e-tiket anda tidak tiba disebabkan oleh alamat e-mel anda tidak betul atau tetapan tertentu e-mel sampah anda. Anda hendaklah memberitahu kami dengan segera jika anda menukar alamat e-mel atau nombor telefon anda.

Di samping itu, sila pastikan nama pada pasport anda sepadan dengan nama pada tiket dan/atau pengesahan tempahan anda. Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan semua maklumat yang betul telah dimasukkan ke dalam tempahan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama penumpang, penerbangan, tarikh dan itinerari perjalanan yang betul. Jika ada yang tidak betul, adalah tanggungjawab anda untuk memaklumkan kepada kami dengan segera. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk membetulkan sebarang kesilapan, bagaimanapun, caj boleh dikenakan oleh kami atau syarikat penerbangan, yang anda akan perlu bayar.

Sila ambil perhatian bahawa syarikat penerbangan memiliki syarat dan peraturan mereka sendiri berhubung dengan e-tiket. Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap ketidakpatuhan degan syarat dan peraturan ini, maka kami menyarankan anda untuk menyemak butir-butir ini dengan syarikat penerbangan terlebih dahulu sebelum melakukan perjalanan.

Dalam keadaan luar biasa, disebabkan oleh sekatan tiket yang di luar kawalan kami, kami mungkin tidak dapat menyampaikan maklumat tentang tempahan yang disahkan kepada syarikat penerbangan untuk membolehkan mereka memenuhi tempahan. Jika ini berlaku kami akan cuba memberitahu anda dalam masa 48 jam dari pengesahan dan mengatur bayaran balik atau mengatur alternatif. Jika anda memilih alternatif yang lebih mahal daripada tempahan asal anda, anda bertanggungjawab untuk membayar perbezaannya.

 

6.4. Penerbangan syarikat penerbangan kos rendah

Sekiranya syarikat penerbangan tambang murah termasuk dalam carian penerbangan anda, kami akan mencari pangkalan data syarikat penerbangan kos rendah, dan kemudian jika anda memilih untuk membeli, kami akan memproses tempahan bagi pihak anda. Kontrak anda akan dibuat dengan syarikat penerbangan kos rendah yang berkaitan dan anda akan juga tertakluk pada terma dan syarat-syarat mereka.

Sila ambil perhatian bahawa anda akan menerima e-mel pengesahan dan juga e-tiket secara terus daripada syarikat penerbangan kos rendah dalam e-mel berasingan.

Syarikat penerbangan kos rendah juga akan mengenakan bayaran tambahan untuk bagasi yang diperiksa, daftar masuk lapangan terbang, tempat duduk pilihan, hiburan dalam penerbangan (jika disediakan), makanan, minuman dan makanan ringan dll. Sebarang caj untuk perkhidmatan tambahan ini tidak dimasukkan dalam harga tiket penerbangan anda melainkan sebaliknya disediakan dengan jelas. Butir-butir lengkap ke atas caj sedemikian mungkin tidak sentiasa disediakan apabila membuat tempahan anda. Atas sebab ini, anda perlu menyemak kelonggaran bagasi anda dengan melawati laman web syarikat penerbangan yang berkaitan. Kami tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kos tambahan yang dikenakan dan kami menasihati anda untuk menghubungi syarikat penerbangan yang berkaitan untuk menambah apa-apa perkhidmatan tambahan dan mengesahkan cajnya.

 

6.5. Bagasi

Kelonggaran bagasi dan dasar berbeza mengikut syarikat penerbangan. Atas sebab ini, anda perlu menyemak dasar bagasi secara langsung dengan syarikat penerbangan yang anda menggunakan perkhidmatannya. Untuk mengetahui sekiranya tempahan penerbangan anda termasuk bagasi, semak Makluamt penerbangan di dalam e-mel yang anda terima selepas tempahan.

Sila ambil perhatian juga yang berikut:

i) Syarikat-syarikat penerbangan seperti EasyJet, Ryan Air, Wizz Air, dianggap sebagai Pengangkut Kos Rendah, dan bagasi yang didaftar masuk tidak termasuk dalam tempahan penerbangan. Kami syorkan anda menambah beg secara dalam talian sebelum perjalanan anda, kerana sesetengah syarikat penerbangan mengenakan yuran tambahan untuk menambah beg di lapangan terbang. Anda akan memerlukan nombor rujukan tempahan penerbangan dan alamat e-mel yang digunakan untuk membuat tempahan. Untuk sesetengah syarikat penerbangan seperti EasyJet, Ryan Air, Wizz Air anda juga akan memerlukan maklumat akaun, yang sepatutnya telah dihantar kepada anda melalui e-mel berasingan bersama pengesahan tempahan anda. Anda dinasihatkan mencari syarikat penerbangan yang anda gunakan dan menggunakan pautan "Urus Tempahan Anda" untuk menambah bagasi kepada tempahan anda.

ii) Beberapa Penerbangan Perkhidmatan Penuh (misalnya Air France dan KLM, antara lain) menawarkan tambang rendah yang tidak termasuk bagasi. Selepas anda memilih penerbangan semak butir-butir penerbangan tersebut untuk menentukan bagasi dimasukkan dalam tambang anda. Jika bagasi tidak dimasukkan dalam tambang, anda akan perlu menambahnya. Selepas melengkapkan tempahan anda, perkhidmatan ini yang dalam kebanyakan keadaan, disediakan melalui laman web syarikat penerbangan. Kos menambah bagasi biasanya lebih mahal di lapangan terbang, jadi kami menyarankan anda menambahnya sebelum anda daftar masuk.

 

6.6. Penumpang Bawah Umur yang Tidak Ditemani

Penumpang Di Bawah Umur yang Tidak Ditemani ialah kanak-kanak yang berumur melebihi 5 tahun dan di bawah 12 tahun yang melakukan perjalanan bersendirian (umur bergantung pada dasar syarikat penerbangan, jadi sila semak dengan syarikat penerbangan).

Banyak syarikat penerbangan menyediakan (atau mewajibkan) perkhidmatan penyeliaan untuk kanak-kanak dari masa menaiki kapal terbang sehingga dijemput di destinasi terakhir. Ini dipanggil perkhidmatan kanak-kanak tanpa diiring. Perkhidmatan ini disediakan untuk kanak-kanak, perlu diluluskan terlebih dulu oleh syarikat penerbangan. Walau bagaimanapun polisi syarikat-syarikat penerbangan mengenai kanak-kanak yang tidak diiring berbeza-beza. Contohnya, bergantung pada syarikat penerbangan, perkhidmatan kanak-kanak yang tidak diiring biasanya wajib bagi kanak-kanak berusia 5-14 tahun, tetapi pilihan untuk remaja (umur 15-17 tahun). Sila pastikan anda bertanya kepada syarikat penerbangan tentang polisi-polisi khas, yuran dan perkhidmatan yang syarikat penerbangan kenakan.

Kanak-kanak yang lebih muda (biasanya berumur bawah 5 tahun) sering kali tidak layak untuk perkhidmatan penumpang bawah umur yang tidak ditemani di pesawat dan tempat duduk yang sama dengan penumpang yang lebih tua. Walau bagaimanapun, penumpang yang berumur antara 12 dan 17 tahun, walaupun untuk tujuan tambang dianggap orang dewasa, tidak layak untuk menemani Penumpang Bawah Umur yang Tidak Ditemani tanpa kehadiran penumpang yang berumur 18 tahun atau ke atas.

Bayaran biasanya dikenakan untuk perkhidmatan penumpang bawah umur yang tidak ditemani.

Bagi perkhidmatan penumpang bawah umur berseorangan, syarikat penerbangan kebiasaannya ingin mengetahui siapa yang menghantar penumpang tersebut di lapangan terbang untuk berlepas dan siapa yang menyambutnya di destinasi. Bukti pengenalan orang dewasa tersebut biasanya diperlukan. Jika pengenalan diri yang diperlukan ini tertinggal, kelewatan atau gangguan yang tidak menyenangkan akan berlaku jadi pastikan anda tahu jangkaan oleh syarikat penerbangan.

Sila ambil perhatian juga bahawa penumpang bawah umur dengan kerakyatan tertentu yang mengembara di luar negara sendiri tanpa diiring, atau diiringi seseorang selain daripada ibu bapa mereka atau penjaga yang sah (seperti yang dinyatakan di dalam pasport mereka), adalah tertakluk pada syarat-syarat khas, contohnya mereka dikehendaki membawa bersama mereka surat kebenaran yang telah ditandatangani oleh penjaga yang sah atau ibu bapa yang ada hak penjagaan sah dengan kebenaran untuk mengembara.

Tempahan untuk kanak-kanak yang tidak diiringi hanya tersedia melalui telefon.

Sekali lagi, sila hubungi syarikat penerbangan sebelum membeli tiket dan bertanya mengenai kanak-kanak bawah umur yang tidak diiringi.

 

7. Pasport, Visa dan Syarat Kesihatan

Anda diwajibkan untuk memastikan anda mematuhi segala keperluan pasport, visa dan imigresen lain yang berkenaan dengan jadual perjalanan anda. Untuk tujuan ini, sebelum perjalanan anda, anda harus mengesahkan dengan Kedutaan dan/atau Pejabat Konsul kompeten dengan baik sama ada anda memerlukan visa untuk tempat (atau tempat-tempat) yang anda melancong. Ia adalah penting untuk mempertimbangkan semua tempat transit dalam perjalanan anda kerana anda mungkin diminta untuk mendapatkan visa bagi tempat tersebut.

Kami tidak menanggung apa-apa tanggungjawab sekiranya perjalanan anda tidak dibenarkan kerana anda tidak mematuhi mana-mana syarat tersebut dan kami juga tidak menanggung sebarang tanggungjawab sekiranya kami pernah memberikan apa-apa bantuan atau nasihat mengenai perkara ini.

Anda dimaklumkan bahawa keperluan untuk mendapatkan visa, visa transit dan formaliti kemasukan adalah berbeza mengikut negara dan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. Untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang diperlukan, anda perlu menghubungi Kedutaan atau Pejabat Konsulat kompeten di semua negara yang disenaraikan dalam jadual perjalanan anda, atau / dan juga syarikat penerbangan dan bukan sahaja Kedutaan dan Konsulat negara destinasi anda, kerana negara-negara yang anda singgah dalam penerbangan ke destinasi akhir anda (tanpa mengira itu ialah penerbangan dengan persinggahan tanpa mengubah kapal terbang) biasanya memerlukan visa transit atau visa berbilang kemasukan.

Kami menasihatkan anda supaya anda memastikan pasport anda adalah sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan selepas tarikh pulang berjadual anda, untuk mengelakkan isu pengenalan atau mana-mana isu-isu lain semasa perjalanan anda. Sila juga ambil perhatian bahawa sesetengah negara menghendaki pasport pelancong adalah sah untuk sekurang-kurangnya 3-12 bulan selepas masa ketibaan.

 

8. Bayaran Ganti Rugi

Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada kami dan gabungan kami, serta mana-mana Pembekal kami, dan mana-mana pegawai, pengarah dan ejen pihak sedemikian daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, punca tindakan, permintaan, kerugian, ganti rugi, atau kos-kos lain, (termasuk fi undang-undang dan perakaunan yang munasabah) yang dibawa oleh anda atau pihak ketiga akibat daripada (a) anda melanggar Perjanjian ini, (b) anda melanggar mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga, atau (c) anda menggunakan laman web kami.

 

9. Hak cipta, tanda dagangan, perisian di tapak web ini

Semua kandungan yang terangkum di laman kami, misalnya teks, grafik, logo, ikon butang, imej, klip audio, dan perisian (Kandungan), ialah harta milik kami atau pembekal kandungan kami dan dilindungi oleh hak cipta antarabangsa dan undang-undang harta intelek lain. Hak harta intelek yang terdapat dalam kompilasi (bermaksud pembentangan, pemilihan, koleksi, pengaturan dan himpunan) semua Kandungan di laman web kami adalah harta eksklusif syarikat yang menguruskan dan mengendalikan laman web ini dan dilindungi oleh hak cipta antarabangsa dan undang-undang harta intelek lain. Semua perisian yang disediakan di laman web kami atau aplikasi mudah alih anda ialah hasil hak cipta kami atau pembekal perisian kami dan dilindungi oleh hak cipta antarabangsa dan undang-undang harta intelek lain. Sebarang penggunaan Kandungan dan/atau perisian selain daripada yang selaras dengan Perjanjian ini, termasuk pengeluaran semula, pengubahsuaian, pengedaran, penghantarab, penerbitan semula, paparan, atau prestasi kecuali dibenarkan secara nyata, Kandungan laman ini dilarang sama sekali.

Perisian dan kandungan tertentu yang terdapat di tapak web kami dimiliki atau dilesenkan oleh kami atau Pembekal kami, penggunaannya oleh anda mungkin tertakluk pada syarat-syarat lanjut.

 

10. Pautan ke Tapak Web Pihak Ketiga

Tapak web kami mungkin mengandungi pautan ke tapak web pihak ketiga yang kami sediakan hanya sebagai kemudahan kepada anda. Anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa mana-mana pautan yang anda akses adalah bebas daripada virus, cecacing, kuda trojan atau mekanisme yang merosakkan. Kewujudan pautan ini tidak bermaksud kami menyokong tapak web tersebut atau mana-mana kandungan yang disertakan. Kami tidak bertanggungjawab atas tapak web atau kandungan atau apa-apa amalan privasi data tapak web tersebut.

 

11. Waranti, Penafian dan Had Liabiliti

Maklumat, perisian, produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh kami atau pembekal kami atau yang disiarkan di laman web kami mungkin mengandungi maklumat yang tidak tepat atau kesilapan, termasuk kesilapan harga. Kami dan ahli gabungan kami tidak menjamin ketepatan dan menafikan semua liabiliti atau sebarang kesilapan atau ketidaktepatan lain yang berkaitan dengan maklumat sedemikian yang muncul di laman web kami (termasuk, tanpa had, harga, gambar, keterangan produk umum, dll.). Kami secara nyata berhak untuk membetulkan sebarang kesilapan harga di laman web kami dan/atau tempahan belum selesai yang dibuat di bawah harga yang salah. Dalam keadaan sedemikian, jika ada, kami akan menawarkan anda peluang untuk memastikan tempahan belum selesai anda pada harga yang betul atau kami akan membatalkan tempahan anda tanpa denda/penalti.

Mana-mana penilaian untuk pembekal bertujuan sebagai garis panduan umum sahaja, dan kami tidak menjamin ketepatan penilaian tersebut. Kami tidak memberi jaminan mengenai ketersediaan produk dan perkhidmatan tertentu. Kami tidak mewakili kesesuaian maklumat, perisian, produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh kami atau yang terdapat di laman web kami untuk apa-apa tujuan. Kemasukan atau penawaran apa-apa produk atau perkhidmatan oleh kami tidak membentuk sokongan atau cadangan kami terhadap produk atau perkhidmatan sedemikian. Semua maklumat, perisian, produk dan perkhidmatan sedemikian disediakan “seperti adanya” tanpa jaminan apa jua bentuk. Kami menafikan semua jaminan bahawa laman web kami, pelayannya atau mana-mana e-mel yang dihantar daripada kami atau pembekal kami bebas daripada virus atau komponen berbahaya yang lain. Kami dengan ini menafikan semua jaminan dan syarat-syarat mengenai maklumat, perisian, produk dan perkhidmatan ini termasuk semua jaminan yang tersirat dan syarat-syarat kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, hak milik dan penyalahgunaan hak-hak.

Syarikat penerbangan dan pembekal lain yang menyediakan perjalanan atau perkhidmatan lain di laman web ini merupakan kontraktor bebas dan bukan ejen atau pekerja kami. Kami tidak bertanggungjawab terhadap tindakan, kesilapan, peninggalan, perwakilan, jaminan, perlanggaran atau kecuaian mana-mana pembekal sedemikian atau terhadap apa-apa kecederaan diri, kematian, kerosakan harta benda, atau ganti rugi atau perbelanjaan lain yang timbul akibat daripadanya. Kami tidak mempunyai liabiliti dan akan tidak akan membuat bayaran balik sekiranya berlaku kelewatan, pembatalan, terlebih tempahan, mogok, force majeure atau sebab-sebab lain di luar kawalan kami, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa perbelanjaan tambahan, peninggalan, kelewatan, ubah haluan atau tindakan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa.

Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan terhadap apa-apa ganti rugi langsung, tidak langsung, punitif, sampingan, khas, atau berbangkit yang timbul daripada, atau dalam apa jua cara yang bersangkutan dengan, akses anda kepada, paparan atau penggunaan laman web ini atau dengan kelewatan atau ketidakupayaan untuk mengakses, memaparkan atau menggunakan laman web kami sama ada berdasarkan teori kecuaian, kontrak, tort, liabiliti ketat, atau sebaliknya, dan walaupun sekiranya kami telah dinasihati mengenai kemungkinan ganti rugi sedemikian.

Walaupun had di atas, jika kami didapati bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan mana-mana kejadian yang diterangkan di atas, maka liabiliti kami harganya tidak akan melebihi, dalam agregat, lebih besar daripada (a) yuran perkhidmatan yang anda bayar kepada kami berkaitan dengan transaksi tersebut di tapak web ini, atau (b) satu ratus dolar (US $100.00) atau nilai bersamaan dengan mata wang tempatan. Had liabiliti mencerminkan perkongsian risiko antara pelbagai pihak. Had yang dinyatakan di dalam seksyen ini akan terus digunakan dan terpakai walaupun apa-apa remedi terhad yang dinyatakan di dalam terma-terma ini didapati gagal daripada tujuan utamanya.

 

12. Undang-undang berkenaan

Tapak Web ini dikendalikan oleh entiti Greece dan Perjanjian ini dikawal oleh undang-undang Greece. Anda dengan ini bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah di Athens, Greece, dalam semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Tapak Web ini.

 

13. Surat-menyurat

Semua surat-menyurat berkaitan khidmat pelanggan atau tempahan anda hendaklah dihantar kepada Tripsta S.A. Travel Agency, Karagiorgi Servias Str. 4, P.O 10562 Syntagma, Athens, Greece. Jika tidak, sila hubungi kami.

 

14. Terma dan syarat-syarat lain

14.1 Keseluruhan Perjanjian dan Fasal Kebolehasingan

Terma dan Syarat ini mengandungi keseluruhan perjanjian antara pihak berhubung dengan perkara pokoknya.

Jika pada bila-bila masa Terma dan Syarat ini (termasuk salah satu atau lebih fasal Terma dan Syarat ini atau mana-mana sub-fasal atau perenggan atau mana-mana bahagian satu atau lebih fasal-fasal ini) ditahan atau menjadi tidak sah atau sebaliknya tidak boleh dikuat kuasa atas apa jua sebab di bawah mana-mana undang-undang yang berkenaan, perkara sama akan dianggap dikeluarkan daripada Terma dan Syarat ini dan kesahah dan/atau kebolehkuatkuasaan baki peruntukan Terma dan Syarat ini tidak akan dalam apa jua cara terganggu atau terjejas akibat daripada peninggalan tersebut.

 

14.2 Perubahan kepada Terma dan Syarat Umum

Kami berhak untuk mengubah atau mengemas kini Terma dan Syarat (T & C) ini dari masa ke masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda. Versi semasa T & C akan dipaparkan di dalam Laman web dari tarikh di mana apa-apa perubahan berkuat kuasa. Penggunaan berterusan Laman susulan apa-apa perubahan akan membentuk penerimaan anda terhadap perubahan sedemikian.

Versi: 02/05/2017