Cetak

Dasar Privasi

Kami memberikan keutamaan tinggi ke arah memastikan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami sentiasa rahsia dan sulit. Sila baca polisi ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai amalan privasi kami. Dengan melayari tapak web ini, anda menerima amalan yang dinyatakan di sini.
 

Jadual Kandungan
 

Dasar Privasi

Umum

A. Maklumat Peribadi yang kami kumpul dan cara kami mengumpulnya

B. Dasar cookies

1. Google Analytics

2. Pasang masuk sosial

C. Cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpul dan dengan siapa ia dikongsikan

1. Bagaimana cara kami menggunakan maklumat anda?

2. Dengan siapa kami berkongsi maklumat anda dan mengapa?

D. Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

E. Cara kami melindungi maklumat anda

F. Paparan iklan khas

G. Pindahan Maklumat

H. Pautan Pihak Ketiga

I. Anti-spam

J. Pertanyaan, Komen, atau Kebimbangan

K. Maklumat Lain yang Anda Patut Tahu

 

Umum

Kami telah menetapkan dasar privasi agar anda tahu maklumat identiti diri mana (selepas ini dirujuk sebagai "maklumat peribadi") yang kami boleh dapatkan daripada anda, cara maklumat ini akan digunakan, pihak yang akan berkongsi maklumat ini, dan prosedur keselamatan yang kami telah laksanakan untuk melindungi privasi anda. Ini termasuk maklumat yang boleh dikaitkan dengan individu tertentu, seperti nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel, urus niaga dengan kami dan maklumat kad kredit

Maklumat yang dikumpul oleh kami dikawal oleh Agensi Pelancongan Tripsta S.A. (berdagang sebagai tripsta.my, selepas ini dirujuk sebagai ‘kami’) dengan pejabat berdaftarnya di Athens, Greece, Karagiorgi Servias Str. 4, P.O 10562 Syntagma.

 

A.   Maklumat Peribadi yang kami kumpul dan cara kami mengumpulnya

Walaupun dalam keadaan tertentu kami akan meminta anda memberikan maklumat peribadi anda, sebagai contoh, untuk membolehkan anda membuka akaun dengan kami atau membeli produk atau perkhidmatan (dan kami akan menjelaskan kepada anda pada masa tersebut perkara yang kami perlukan daripada anda) anda boleh melawat kebanyakan halaman di tapak web kami tanpa perlu memberi apa-apa maklumat peribadi.

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi tentang anda dalam keadaan berikut:

  • Apabila anda mendaftar akaun dengan kami: Anda menyediakan kepada kami nama pengguna, kata laluan dan alamat e-mel apabila anda mendaftar akaun di tapak web kami. Butir-butir lain yang anda memilih untuk memberikan berhubung dengan akaun anda seperti nama, nombor telefon kenalan, status perkahwinan dan perihal peribadi yang lain juga akan disimpan oleh kami dan diuruskan selaras dengan Dasar Privasi ini.
  • Apabila anda membeli produk dan/atau perkhidmatan: Anda memberikan kami nama anda, tarikh lahir,  butir-butir kad kredit, termasuk nombor kad, jenis kad, nama pemegang kad, tarikh luput, alamat bil dan butiran penghantaran apabila anda membuat pesanan melalui tapak web kami atau saluran lain.
  • Apabila anda mendaftar untuk menerima surat berita kami atau atau bahan pemasaran lain mengemas kini pilihan anda di pusat pilihan kami: Anda memberikan kami alamat e-mel, nama dan maklumat berkaitan lain untuk membolehkan kami menyesuaikan komunikasi bukan transaksi langsung dengan anda.
  • Apabila anda mengambil bahagian dalam pertandingan, soal selidik dan tinjauan: Apabila anda melengkapkan soal selidik, tinjauan atau borang penyertaan pertandingan, anda memberikan kami maklumat peribadi anda termasuk nama anda, alamat jalan, alamat e-mel dan maklumat lain yang kami akan minta.
  • Apabila anda menghubungi kami atau kakitangan khidmat pelanggan kami: Apabila anda menghubungi kami dengan e-mel, telefon atau pos, sebagai contoh berurusan dengan kakitangan khidmat pelanggan kami, anda memberikan kepada kami maklumat peribadi misalnya nama, alamat e-mel dll. Di samping itu, kami akan merakam panggilan anda ke pusat khidmat pelanggan kami.
  • Melalui tangkapan data secara halus apabila anda melawat tapak web: Selain daripada maklumat yang anda boleh beri secara sukarela kepada kami, maklumat tertentu dikumpulkan secara automatik apabila anda melawat tapak web kami melalui teknologi penjejak yang kami gunakan dari masa ke masa seperti kuki. Proses ini akan mengumpul pelbagai maklumat termasuk yang teknikal daripada komputer anda setiap kali anda melawat tapak web seperti alamat protokol Internet (IP), sistem operasi dan platform anda, jenis pelayar dan versi dan tapak web perujuk serta menyediakan kepada kami maklumat pilihan membeli-belah anda, produk-produk dilihat/diteliti dan aktiviti di tapak. Jika anda pengguna wayarles dan mengakses Internet menerusi telefon bimbit anda atau peranti lain perlu menghubungi pembekal wayarles anda untuk mengetahui jika mereka mengumpul maklumat peribadi tentang anda.
  • Apabila anda menyediakan kandungan tertentu kepada tapak web kami, contohnya ulasan pelanggan.
  • Daripada sumber-sumber pihak ketiga, contohnya agensi pemeriksaan kredit: Kami mungkin akan mendapat maklumat tentang anda daripada sumber-sumber lain, misalnya daripada agensi rujukan kredit untuk melindungi anda daripada penipuan atau kami mungkin menerima alamat dan maklumat penghantaran anda daripada pihak ketiga yang memberikan khidmat pembetulan rekod.
  • Daripada sumber-sumber pihak ketiga, contohnya agensi pemeriksaan kredit: Kami mungkin akan mendapat maklumat tentang anda daripada sumber-sumber lain, misalnya daripada agensi rujukan kredit untuk melindungi anda daripada penipuan atau kami mungkin menerima alamat dan maklumat penghantaran anda daripada pihak ketiga yang memberikan khidmat berkaitan keselamatan atau perlindungan penipuan.


B. Dasar cookies

Selaras dengan Arahan EU 2009/136/CE, kami ingin menasihati anda bahawa laman web kami menerima penggunaan “cookies”, untuk mengetahui cara pengguna melayari laman web kami dan mengesan corak penggunaan umum sebaik sahaja pengguna melawati laman web kami. Cookies merupakan mesej yang diberikan oleh pelayan web ke pelayar web apabila anda mengunjungi laman-laman Internet. Pelayar anda menyimpan setiap mesej di dalam fail kecil, yang akan memberikan kami maklumat mengenai lawatan terakhir anda ke halaman web kami. Maklumat ini dikumpul dan dianalisis secara agregat supaya dapat meningkatkan fungsi, kandungan, penampilan keseluruhan dan keupayaan laman web kami.

Kebanyakan pelayar Internet menerima penggunaan kuki secara automatik, tetapi anda boleh memilih untuk tidak menerima kuki dengan menukar pilihan komputer anda untuk menolak kuki atau untuk menggesa anda sama ada ingin menerima setiap kuki, tetapi berbuat demikian akan mengehadkan pelbagai ciri yang disediakan untuk anda di Tapak web.

Secara khusus, kami menggunakan cookies berikut:

a)      Kuki analisis - Membolehkan kami melihat bagaimana pengunjung melayar tapak web dan merakamkan kandungan yang dilihat penonton dan minat mereka. Ini membantu kami meningkatkan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda dengan membantu kami memastikan pengguna mendapat maklumat yang mereka cari.

b)      Cookie sosial - Adalah perlu untuk Rangkaian Sosial (Facebook, Google dan Twitter). Fungsinya adalah untuk mengawal interaksi dengan Widget Sosial di halaman. Cookie sedemikian digunakan dalam domain:"facebook.com", "google.com" dan "twitter.com".

c)       Cookies gabungan - Membolehkan kami menjejak lawatan dari Laman Web lain yang kami mempunyai perjanjian gabungan. Cookies sedemikian digunakan dalam domain “mixmarket.com”, "zanox.com"," linkwise.com" dan “optivo.com”.

d)      Cookie perlakuan dan pengiklanan - Ia mengumpul maklumat tentang keutamaan dan pilihan anda di laman web ini. Ia menyasarkan rangkaian pengiklanan, yang kemudian menggunakannya untuk menunjukkan iklan khas di laman web lain.

e)      Cookies teknikal - Ini adalah khusus untuk penggunaan Laman web ini.

f)       Kuki fungsi - Ini sangat perlu untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna di Tapak Web ini. Kuki tersebut digunakan di tapak ini: "tripsta.my".

g)     New Relic - Kami menggunakan analisis New Relic untuk mengawasi prestasi laman web kami, sistem dan laman web asasnya. Dengan maklumat ini, kami boleh membuat perubahan untuk menjadikan laman berfungsi dengan lebih efisien. 
 

1. Google Analytics

Laman web kami menggunakan Google Analytics, satu perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google Inc. ("Google"). Google Analytics menggunakan "cookies", fail teks yang disimpan di komputer anda dan memudahkan analisis penggunaan laman web anda. Maklumat yang dijana oleh cookies mengenai penggunaan laman web ini (termasuk alamat IP anda) dihantar kepada pelayan Google di AS dan disimpan di sana. Google akan menggunakan maklumat ini untuk menilai penggunaan laman web, menyusun laporan mengenai aktiviti-aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain berkaitan dengan penggunaan laman web dan penggunaan internet. Google juga akan memindahkan maklumat ini kepada pihak ketiga, dengan syarat ia ditetapkan oleh undang-undang atau sekiranya pihak ketiga memproses data ini bagi pihak Google. Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan apa-apa data lain yang disimpan oleh Google.

Anda boleh menyahaktif Google Analytics dengan memilih tetapan yang berkenaan di pelayar anda, tetapi kami ingin tekankan bahawa dalam keadaan sedemikian, anda mungkin tidak dapat untuk menggunakan semual ciri laman web ini.

Dengan menggunakan laman ini, anda bersetuju dengan pemprosesan data anda yang dikumpul oleh Google dalam cara yang diterangkan di atas dan untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Jika anda tidak mahu Google menerima maklumat daripada pelayar anda apabila anda membuka halaman, anda akan menemui pautan untuk memilih keluar penyelesaian untuk Google Analytics di sini.
 

2. Pasang masuk sosial

Facebook

Tapak web kami menggunakan plugin sosial ("plugin") daripada tapak rangkaian sosial facebook.com, dikendalikan oleh Facebook Inc., 1601 S. California Ave, Palo Alto, CA 94304, USA ("Facebook"). Plugin ini boleh dikenali melalui salah satu logo Facebook ("f" putih di atas jubin biru atau ikon "bagus"), atau frasa "Facebook social plug-in". Senarai "plugin sosial" Facebook dan rupanya boleh didapati di sini.

Sekiranya anda mengakses halaman web kami menggunakan pasang masuk tertentu, pelayar anda akan menghubungi pelayane Facebook dan membuatkan pembentangan visual pasang masuk dan juga membentangkannya kepada anda. Semasa proses ini, pelayan Facebook menerima maklumat berkenaan lawatan anda bagi laman web kehadiran internet kami dan juga data selanjutnya seperti alamat IP anda.

Apabila "plug-in" telah dimuatkan, Facebook akan menghantar kandungan "plug-in" tersebut secara terus ke pelayar anda dan menyepadukannya dengan halaman di laman web kami. Oleh itu, kami tidak akan dapat mempengaruhi jumlah data yang Facebook mampu kumpul menggunakan plugin ini. Maklumat mengenai perkara ini disediakan oleh polisi perlindungan data Facebook. Jika anda log masuk ke Facebook pada masa itu, ia boleh mengaitkan lawatan anda ke halaman tersebut ke akaun Facebook anda. Jika anda berinteraksi dengan plugin, contohnya dengan mengklik butang 'Suka’ atau dengan mencatat komen, maklumat yang anda berikan akan dihantar terus kepada Facebook dan disimpan di sana. Jika anda tiada akaun Facebook, Facebook masih boleh mengenal pasti dan menyimpan alamat IP anda selepas anda mengklik nota Facebook.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebab mengapa dan takat mana Facebook mengumpul data, cara data diproses dan digunakan selanjutnya, hak anda dalam perkara tersebut, dan pilihan tetapan yang boleh anda pilih yang melindungi privasi anda, sila lihat dasar penggunaan data Facebook

Jika anda memiliki akaun Facebook dan tidak mahu Facebook mengumpul data tentang anda dari laman web kami dan menghubungkannya ke data ahli anda yang disimpan di Facebook, anda mesti log keluar daripada Facebook sebelum mengunjungi laman web kami.

Adalah juga berkemungkinan untuk menyekat pasang masuk sosial Facebook dengan menggunakan tambahan bagi pelayar anda.

 

Google+

Tapak web kami menggunakan plugin sosial ("plugin Google") rangkaian sosial, Google Plus, yang dikendalikan oleh Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway Mountain View, CA 94043, Amerika Syarikat. "Google plug-in" boleh dikenali dengan dengan ikon "+1".

Apabila anda membuka tapak web tripsta, yang mengandungi plugin Google sedemikian, pelayar anda akan mewujudkan sambungan terus ke pelayan Google. Kandungan simbol "+1" akan dihantar oleh Google terus kepada pelayar anda dan diintegrasikan ke dalam tapak web.

Menurut Google, maklumat peribadi tidak akan dikumpul tanpa mengklik pada "+1" simbol. Data peribadi hanya dikumpul dan diproses untuk orang yang log masuk ke dalam Google+. Maklumat lanjut boleh ditemui di https://developers.google.com/+/web/buttons-policy

Tripsta S.A. tidak dapat mengawal pengumpulan dan pemprosesan data, hanya Google bertanggungjawab sepenuhnya.

 

C. Cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpul dan dengan siapa kami mengongsikannya
 

1. Bagaimanakah kami menggunakan maklumat anda?

Secara khusus, kami akan menggunakan maklumat anda untuk tujuan umum tersebut selagi anda memberikan kebenaran kepada kami:

  • Untuk pendaftaran akaun anda dengan tripsta.my: Kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami apabila anda mendaftar sebagai ahli di laman web kami untuk membuka dan mengekalkan akaun anda.
  • Untuk memenuhi pesanan: Apabila anda memesan produk atau perkhidmatan melalui tapak web kami atau lain-lain saluran pengedaran, kami akan menggunakan maklumat anda untuk memproses transaksi yang diperlukan, memenuhi pesanan anda dan memberikan anda produk dan perkhidmatan yang anda jangkakan.
  • Untuk menjawab pertanyaan anda: supaya dapat menangani pertanyaan, anda mungkin dihubungi dengan e-mel, melalui telefon, atau cara komunikasi lain oleh anggota salah seorang pasukan khidmat pelanggan kami. Kami juga boleh menggunakan butir-butir kenalan anda untuk menghantar maklumat susulan mengenai tempahan (sebagai contoh, mengenai perubahan perjalanan yang ditempah atau gangguan perjalanan yang tidak dapat dielakkan yang menjejaskan perjalanan anda supaya dapat membantu anda membuat pengaturan perjalanan alternatif). Kami akan menghubungi anda melalui e-mel, telefon atau saluran komunikasi lain untuk menjawab cadangan yang mungkin anda hantar kepada kami (sebagai contoh mengenai laman web, produk dan perkhidmatan kami) dan menilai dan mengumumkan hasil kaji selidik, pertandingan atau peraduan lain yang mungkin anda mengambil bahagian. Untuk jaminan kualiti dan sebab-sebab latihan, kami merekodkan hampir semua panggilan telefon dengan pelanggan kami. Sesetengah maklumat termasuk e-mel pelanggan yang diterima oleh kami mungkin digunakan oleh kami untuk testimonia walaupun maklumat peribadi anda, misalnya alamat e-mel atau butir-butir kenalan, tidak akan sekali-kali dipaparkan kepada umum oleh kami.
  • Untuk meningkatkan pengalaman di tapak anda dan menyediakan kepada anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan, tawaran istimewa dan promosi: Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada fail kuki kekal anda (lihat Polisi Kuki kami di atas) berkenaan maklumat peribadi lain yang diberikan oleh anda, agar kita boleh membuat tapak web yang lebih berkesan dengan menilai kandungan dan aliran trafik di tapak web ini. Kami menggunakan maklumat ini untuk memberi anda pengalaman yang lebih peribadi di tapak web ini, membantu anda mengemudi tapak web ini dengan mudah dan untuk memaparkan produk dan perkhidmatan tertentu yang kami percaya mungkin menarik bagi anda. Apabila anda mendaftar akaun anda atau membuat pesanan melalui tapak web kami atau saluran pengedaran yang lain, kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghubungi anda dengan maklumat terperinci mengenai tawaran istimewa, promosi dan maklumat lain dan untuk menghantar buletin kami yang kami rasa akan menarik minat anda dan anda bersetuju untuk menerima hebahan promosi. Anda boleh menukar keutamaan anda dan menghentikan langganan komunikasi tersebut pada bila-bila masa dengan melawat pusat keutamaan kami jika ia boleh didapati di kawasan anda, menghubungi kami melalui maklumat hubungan tertera di penghujung dasar privasi ini atau dengan menggunakan pautan henti melanggan di bahagian bawah e-mel yang anda terima daripada kami.
  • Untuk operasi dalaman dan analisis: Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk pentadbiran dalaman, analisis dan jaminan kualiti, termasuk pencegahan penipuan. Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu kami berjaga-jaga daripada penipuan. Selain daripada untuk memproses, mengesahkan dan memenuhi perjalanan atau perkhidmatan lain yang anda minta, kami boleh menggunakan data tertentu untuk tujuan pentadbiran dan analisis seperti pengurusan sistem maklumat, perakaunan, bil dan audit. Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan lain, seperti menghantar e-mel pemberitahuan mengenai status rancangan perjalanan anda atau memberitahu anda mengenai promosi-promosi istimewa, tinjauan, pertandingan, cabutan bertuah, tawaran istimewa penerbangan, maklumat perjalanan, atau peluang-peluang perjalanan yang lain daripada kami atau rakan niaga pemasaran kami.
     

2. Dengan siapa kami berkongsi maklumat anda dan mengapa?
 

Apabila anda menggunakan tapak web kami dan memberikan maklumat mengenai diri anda, kami menggunakan maklumat ini untuk melengkapkan pesanan anda (iaitu, untuk melengkapkan tempahan penerbangan dan tempahan lain), memenuhi permintaan perkhidmatan pelanggan, dan menyediakan maklumat promosi atau berkaitan perjalanan melalui e-mel. Kami tidak akan berkongsi maklumat ini dengan pihak luar kecuali setakat yang perlu untuk menyelesaikan tempahan anda dan memenuhi rancangan perjalanan anda. Pihak-pihak lain ini termasuk, tetapi tidak terhad pada, syarikat penerbangan yang dan pembekal perjalanan lain yang berkenaan, perkhidmatan saudagar kad kredit, sistem tempahan syarikat penerbangan, dan sistem pengedaran global lain.

Pembekal perkhidmatan ini akan mendedahkan maklumat mengenai profil pengembara anda kepada syarikat penerbangan, pesiaran dan pembekal perjalanan lain yang produk mereka anda beli. Walaupun kami cuba memilih pembekal perjalanan daripada syarikat-syarikat ternama, dan kami berusaha untuk meletakkan sekatan kontrak kepada rakan niaga pihak ketiga kami yang menerima maklumat peribadi anda untuk memastikan mereka menggunakannya selaras dengan Dasar Privasi ini dan undang-undang perlindungan data yang berkenaan, kami tidak boleh menjamin bahawa pembekal-pembekal perjalanan ini tidak akan menggunakan atau mendedahkan maklumat anda tanpa kebenaran anda. Oleh itu, kami menggalakkan anda mengkaji amalan privasi maklumat mana-mana pembekal perjalanan yang produk mereka anda beli di tapak web kami. Di samping itu, pembekal-pembekal perjalanan ini juga boleh menghubungi anda apabila perlu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tempahan disahkan anda.

Walaupun tiada maklumat peribadi dikumpul, kami memantau navigasi Tapak web kami oleh pengguna untuk memahami dan berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan kami. Kami boleh menyediakan maklumat statistik awanama berdasarkan data ini kepada rakan-rakan niaga dan pembekal pihak ketiga yang telah dipilih dengan teliti atas tujuan pentadbiran perniagaan, penyampaian kepada pelanggan, pemasaran dan operasi, analisis, jaminan kualiti dan, walaupun sekadar data awanama, bantuan pemasaran (contohnya , untuk meneroka trend pengguna) atau tujuan-tujuan lain yang dinyatakan di bawah. Kecuali dengan persetujuan nyata oleh anda, kami hanya akan berkongsi maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini. Setakat yang pihak ketiga mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda untuk menyediakan fungsi bagi pihak kami, penggunaan maklumat ini oleh mereka semata-mata terhad kepada menyediakan fungsi-fungsi tersebut dan bukan untuk tujuan lain.

Kami akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, misalnya badan-badan rasmi dan penasihat profesional kami, selagi kami percaya ianya perlu (i) mematuhi undang-undang, arahan atau peraturan berkaitan; (ii) menguatkuasakan terma dan syarat penggunaan atau perjanjian kontrak lain pelanggan kami; dan (iii) melindungi harta dan hak-hak lain Tripsta S.A., syarikat-syarikat kumpulannya, pelanggan dan lain-lain (sebagai contoh, dalam apa jua cara yang berkaitan dengan perlindungan daripada aktiviti-aktiviti penipuan berhubung dengan tripsta.my).

Apabila anda membuat tempahan atau membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di laman web kami, kami boleh menyerahkan maklumat peribadi tertentu yang anda berikan kepada kami (sebagai contoh, nama, kad kredit, butir-butir alamat bil anda) kepada agensi rujukan kredit pihak ketiga, pemproses bayaran atau pihak ketiga untuk tujuan tertentu mengesahkan maklumat tersebut dan juga disebabkan proses perlindungan keselamatan dan pengesanan penipuan kami. Jika maklumat peribadi anda tidak dapat disahkan dengan memuaskan (sebagai contoh, alamat bil yang dinyatakan tidak sepadan dengan butir-butir kad kredit anda), kami akan menghubungi anda untuk membuat makluman bahawa permohonan pembelian anda tidak dapat disahkan dan meminta butir-butir yang diperbetulkan, jika ia boleh diberikan, sebelum kami boleh memproses tempahan anda.

 

D. Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

Kami mengakui kepentingan keselamatan untuk semua maklumat peribadi yang dikaitkan dengan pelanggan kami dan kami mengambil langkah-langkah munasah yang konsisten dengan amalan industri bagi melindungi maklumat peribadi di bawah kawalan kami. Walau bagaimanapun, penghantaran data melalui Internet tidak boleh dijamin selamat 100%. Hasilnya, walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan apa-apa maklumat yang anda hantar kepada kami. Untuk melindungi maklumat yang disimpan di dalam sistem, kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan, termasuk teknologi penyulitan data dan pengalis virus.

 

E. Cara kami melindungi maklumat anda

Kami mahu anda rasa yakin menggunakan tapak web ini untuk menguruskan perjalanan, dan kami komited untuk melindungi data peribadi yang kami kumpul. Tiada tapak web yang boleh menjamin keselamatan, begitupun kami telah melaksanakan prosedur keselamatan pentadbiran, teknikal, dan fizikal yang patut untuk membantu melindungi maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Contohnya, pekerja yang diberi tauliah sahaja dibenarkan mengakses maklumat peribadi, dan mereka hanya boleh berbuat demikian atas fungsi perniagaan yang dibenarkan sahaja. Selain itu, kami menggunakan penyulitan apabila menghantar maklumat peribadi anda yang sensitif antara sistem anda dan sistem kami, dan kami menggunakan firewall dan sistem pengesanan pencerobohan untuk membantu mencegah orang yang tidak dibenarkan daripada mendapat akses kepada maklumat anda.

 

F. Pemaparan pengiklanan tersuai

Kami komited untuk memberikan anda kandungan dan maklumat yang berkaitan. Untuk melakukannya, kami akan mengumpul maklumat tentang carian berkaitan pelancongan menerusi cookie dan teknologi lain. Kami menggunakan maklumat ini, bersama-sama dengan maklumat lain yang telah kami kumpul tentang anda, untuk mengendalikan anda dengan iklan, di laman web kami atau tempat lain dalam talian, yang disesuaikan dengan minat anda. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak menggabungkan maklumat yang kami kumpul tentang carian berkaitan pelancongan anda di laman web ini dengan maklumat peribadi (misalnya alamat e-mels) untuk mengendalikan anda dengan iklan di seluruh laman web lain. Kami juga tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga supaya mereka boleh mengendalikan anda dengan iklan.

Jika anda mahu kami berhenti menghantar surat berita atau maklumat tawaran dan promosi kepada anda (pilih keluar), sila klik pautan berhenti melanggan dalam emel kami atau sila, hubungi kami.

 

G. Pindahan maklumat

Sila ambil perhatian bahawa maklumat anda diproses di luar negara anda, di mana pelayan kami terletak dan pangkalan data pusat kami dikendalikan. Walaupun undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan undang-undang lain Kesatuan Eropah menyeluruh sebagaimana di tempat undang-undang anda dilaksanakan, kami memberi jaminan bahawa kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan data peribadi anda diproses selaras dengan undang-undang privasi data negara anda dan mana-mana undang-undang berkaitan lain yang berkuat kuasa dari masa ke masa.

Tambahan pula, untuk memproses data anda seperti yang dijelaskan di dalam dasar privasi ini, kami akan perlu untuk menghantar maklumat anda ke luar negara termasuk negara-negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) sebagai contoh. Sebahagian bidang kuasa ini menawarkan tahap perlindungan yang berbeza berkaitan dengan maklumat peribadi dan boleh,dalam keadaan tertentu, kurang perlindungan berbanding keperluan perlindungan data negara di tempat operasi utama kami. Walau bagaimanapun, kami akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan maklumat peribadi anda dipindahkan, disimpan dan diproses selaras dengan piawaian keselamatan yang wajar dan mengikut terma Dasar Privasi ini dan undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

 

H. Pautan Pihak Ketiga

Laman web kami boleh mengandungi pautan ke laman web yang dikendalikan dan diselenggara oleh pihak yang di luar kawalan kami. Amalan maklumat laman web tersebut tidak dilindungi oleh dasar privasi ini. Apa-apa maklumat yang anda berikan kepada Laman web pihak ketiga atau maklumat yang kami berikan berhubung dengan tempahan perjalanan yang anda lakukan akan dikawal di bawah terma setiap Laman web #39;dasar privasi sedemikian. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda klik pada salah satu pautan ini, anda memasuki Laman web lain, dan kami langsung tidak bertanggungjawab atau liabaliti untuk an, tindakan, atau dasar Laman web pihak ketiga sedemikian. Kami menggalakkan anda untuk membaca dasar privasi semua Laman web pihak ketiga yang dipautkan ke Laman web kami, kerana dasar privasi sedemikian mungkin banyak perbezaannya daripada dasar privasi ini.

 

I. Anti-spam

Kami melarang penggunaan laman web dan/atau perkhidmatan kami dalam apa-apa cara yang dikaitkan dengan sebaran, edaran atau penghantaran apa-apa e-mel pukal atau komersial tanpa diminta (“Spam”). Anda tidak boleh menggunakan mana-mana perkhidmatan kami untuk menghantar Spam. Anda juga tidak boleh menghantar Spam atau menyebabkan Spam dihantar kepada mana-mana pelanggan kami.

Dalam mematuhi undang-undang yang terpakai, e-mel yang dihantar, atau menyebabkan dihantar, kepada atau melalui tapak web atau perkhidmatan kami tidak boleh:

  • menggunakan atau mengandungi tajuk tidak sah atau yang dipalsukan;
  • menggunakan atau mengandungi nama domain tak sah atau tak wujud;
  • menggunakan apa-apa teknik untuk menimbulkan salah anggap, menyembunyikan atau mengaburkan apa-apa maklumat pengenalan tempat asal atau laluan penghantaran;
  • menggunakan cara pernyataan mengabui mata yang lain;
  • penggunaan nama domain internet pihak ketiga, atau disampaikan daripada atau melalui peralatan pihak ketiga, tanpa kebenaran daripada pihak ketiga;
  • mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan dalam baris subjek atau sebaliknya mengandungi kandungan palsu atau mengelirukan;
  • gagal untuk mematuhi piawaian teknikal tambahan yang diterangkan di bawah;
  • sebaliknya melanggar  Terma Penggunaan kami.

Kami tidak membenarkan penuaian, perlombongan atau pengumpulan alamat e-mel atau maklumat lain dari atau melalui laman web atau perkhidmatannya. Kami tidak membenarkan atau memberi kuasa kepada orang lain untuk menggunakan perkhidmatan kami untuk mengumpul, menyusun atau mendapatkan apa-apa maklumat tentang pelanggan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat e-mel pelanggan.

Kami tidak mengizinkan atau mentauliah mana-mana percubaan untuk menggunakan perkhidmatan dengan cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, membebankan atau menjejaskan mana-mana aspek mana-mana perkhidmatan, atau yang boleh mengganggu penggunaan mana-mana pihak lain dan menikmati mana-mana perkhidmatan kami.

Jika kami percaya bahawa penggunaan yang tidak dibenarkan atau tidak betul sedang berlaku terhadap mana-mana perkhidmatan, kami boleh mengambil tindakan tanpa notis yang mengikut budi bicara mutlak kami, difikirkan sesuai, termasuk menyekat mesej dari alamat domain internet, pelayan mel atau alamat IP yang tertentu. Kami boleh serta-merta menamatkan mana-mana akaun di mana-mana perkhidmatan yang kami dapati, mengikut budi bicara kami, menghantar atau ada kena-mengena dengan mana-mana e-mel yang melanggar polisi ini.

Tiada apa-apa di dalam dasar ini yang bertujuan untuk memberikan apa-apa hak untuk menghantar e-mel kepada, atau melalui, laman web dan/atau perkhidmatan kami. Kegagalan untuk menguatkuasakan dasar ini dalam setiap keadaan tidak membentuk penepian hak kami.

Penggunaan tanpa tauliah mana-mana perkhidmatan kami berkaitan e-mel yang tidak diminta, termasuk penghantaran e-mel yang melanggar polisi ini, boleh menyebabkan penalti sivil, jenayah, atau pentadbiran terhadap pengirim dan mereka yang membantu pengirim.

 

J. Soalan, Komen, atau Kebimbangan

Jika anda ada soalan atau komen mengenai dasar privasi ini, atau jika anda bimbang kami tidak mengikut prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam dasar privasi ini, sila hantar e-mel kepada kami di  privacy@tripsta.net atau hantar surat kepada kami di:

Tripsta S.A.,

Karagiorgi Servias Str. 4,

P.O 10562 Syntagma

Athens, Greece

 

 Kami mengalu-alukan komen atau soalan anda.

 

K. Maklumat Lain Yang Anda Perlu Tahu

Dasar Privasi ini telah disemak semula dan disiarkan di Tripsta S.A.  pada 15/12/2015. Kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, menyemak dasar privasi ini pada bila-bila masa dan semua semakan tersebut akan berkuatkuasa apabila disiarkan, jadi pastikan anda menyemak semula dari masa ke masa. Perubahan Dasar Privasi akan terpakai kepada maklumat yang dikumpul dari tarikh kami menyiarkan Dasar Privasi yang disemak semula, di samping maklumat sedia ada yang disimpan oleh kami. Penggunaan Tapak Web ini selepas perubahan tersebut disiarkan, atau seperti yang dinyatakan di dalam e-mel kami kepada anda mengenai perkara ini, akan dianggap sebagai penerimaan perubahan tersebut.